Pedang Kerajaan.

Pedang-Kerajaan

Pedang Kerajaan

Kerajaan Johor pernah menghadiahkan sebilah pedang untuk dijadikan Pedang Kerajaan kepada Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1935, sempena empat puluh tahun baginda di atas takhta kerajaan. Pedang tersebut ditempah khas dengan Syarikat J.W. Benson, London. Hulu pedang ini diperbuat daripada gading yang diukir awan larat bersalut emas, ditatah dengan simbol Mahkota Kerajaan dan monogram Sultan Ibrahim. Sarung pedang itu diukir dengan Jata Kerajaan yang diilhamkan oleh Sultan Abu Bakar. Turut diukir ialah simbol Darjah Kerabat dan Darjah Mahkota. Sebelah mata pedang yang diperbuat daripada besi waja tertulis kalimah Jawi “Alwathik Billah Al-Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar 1313”. Pedang ini digunakan sebagai sebahagian daripada pakaian istiadat Sultan Johor sehingga sekarang.