Bendera Sultan.

Bendera Sultan

Juga dikenali sebagai bendera peribadi Sultan. Warna putih diwarisi dari bendera peribadi Sultan Hussain dan dikekalkan oleh Temenggong Ibrahim melambangkan kesucian dan berserah kepada Allah. Pada tahun 1871, Sultan Abu Bakar menambah dan memasukkan lambang anak bulan dan bintang pecahan sembilan menandakan kedudukan tertinggi mengetuai negeri.

Warna biru ini dipadankan dari warna langit alam semula jadi (Sky Blue atau Royal Blue) dan melambangkan kesejahteraan. Bendera ini menjadi simbol kedaulatan raja yang memerintah.

Bendera yang diperbuat dari kain sutera tulen dan dipasang pada tiang yang diperbuat dari logam perak yang bermutu tinggi dijadikan satu dari peralatan istiadat Kerajaan.