Takhta Kerajaan
Takhta Kerajaan Johor merupakan dua buah kerusi diRaja yang terletak di atas peterana yang berbalut dengan baldu berwarna biru di tengah-tengah Bilik Singgahsana. Takhta Kerajaan Johor kakinya tinggi dan runcing berbentuk kaki harimau yang beralaskan bulatan. Ini melambangkan kekuasaan seperti mana singa dianggap sebagai raja bagi segala makhluk belantara. Harimau adalah binatang yang amat ditakuti oleh binatang-binatang buas lainnya di Malaysia. Takhta Kerajaan Johor berpuncakkan simbol jata kerajaan negeri dengan seru “Kepada Allah Berserah” seperti yang telah ditegaskan. Inilah pegangan kerajaan Sultan Abu Bakar dan pengganti-pengganti baginda seterusnya.