Istiadat Siram Tabal.

Tarikh: Sabtu, 21 Mac 2015 bersamaan 30 Jamadilawal 1436H
Masa: 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Bukit Bintang, Istana Besar, Johor Bahru
TERHAD KEPADA PENERIMA KAD JEMPUTAN SAHAJA

DIF-DIF LELAKI MELAYU
Baju Melayu Teluk Belanga berwarna hitam, kain samping berdagang luar, songkok baldu hitam, stoking dan sepatu kulit hitam.

DIF-DIF LELAKI BUKAN MELAYU
Lounge Suit berwarna gelap, kemeja putih lengan panjang, bertali leher warna gelap, bersongkok hitam, stoking dan sepatu kulit hitam.

DIF-DIF PEREMPUAN MELAYU
Baju Kurung Teluk Belanga, bersepatu dan bertudung kepala.

DIF-DIF PEREMPUAN BUKAN MELAYU
Dif Perempuan Kaum Cina – Cheongsam labuh atau gaun panjang, dipakai bersama jaket menutup lengan.
Dif Perempuan Kaum India – Sari, blaus panjang menutup bahagian perut dan menutup lengan.

SILA AMBIL PERHATIAN:

  1. Dilarang merokok.
  2. Dilarang membawa/menggunakan telefon bimbit.
  3. Dilarang membawa kamera/mengambil gambar.
3.00 petang Dif-Dif mengambil tempat.
3.03 petang Ketibaan Yang Berhormat Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan isteri.
3.05 petang Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan Isteri.
3.07 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Binti Almarhum Sultan Iskandar.
3.09 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Kamariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Puteri Johor dan Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima DiRaja Selangor.
3.11 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
3.13 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
3.15 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
3.17 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
3.19 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Aris Bendahara dan Yang Mulia Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf.
3.20 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah
3.22 petang Keberangkatan tiba Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
3.25 petang Keberangkatan tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam.
3.30 petang Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berangkat ke Panca Persada .
Istiadat Siram Tabal bermula.
Istiadat Siram Tabal selesai.
Keberangkatan balik Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Keberangkatan balik Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che’ Puan Khaleeda binti Bustamam.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Aris Bendahara dan Yang Mulia Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Kamariah Binti Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Puteri Johor dan Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima DiRaja Selangor.
Keberangkatan balik Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Binti Almarhum Sultan Iskandar.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor dan isteri beredar meninggalkan majlis.
Yang Berhormat Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor dan isteri beredar meninggalkan majlis.
Majlis Tamat.

5-Siram-Tabal

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah di Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

6-Siram-Tabal

DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah menaiki Panca Persada pada Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

7-Siram-Tabal

Bacaan Doa oleh Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Hj. Samsudin, Mufti Negeri Johor sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

8-Siram-Tabal

DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofiah di atas Panca Persada semasa Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

11-Siram-Tabal

Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

12-Siram-Tabal

Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

13-Siram-Tabal

Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

14-Siram-Tabal

Istiadat Siram Tabal sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor