Lembing Istiadat.

Lembing Istiadat

Lembing Istiadat

Pada awal masa dahulu, lembing dijadikan alat senjata bagi mengawal keselamatan raja semasa perarakan. Fungsi lembing sekarang ialah sebagai lambang kekuasaan raja, tetapi masih ditempatkan di hadapan perarakan. Terdapat 16 batang lembing istiadat dan setiap satu berukuran 2.14 meter (7 kaki 5 inci) tinggi, bermata runcing dan berlok tujuh. Mata lembing diperbuat daripada bahan besi waja dilorek dengan motif daun lada hitam dan gambir, serta simbol bulan bintang yang membawa erti Islam sebagai agama rasmi negeri. Lembing yang tidak berambu ini dipanggil Lembing Istiadat.