Cokmar.

COKMAR DATO PENGHULU BIRACANA

Cokmar

Dua buah cokmar juga dijadikan sebagai peralatan istiadat.

Cokmar Dato’ Penghulu Biracana

Cokmar Kerajaan dinamakan Cokmar Dato’ Penghulu Biracana, diperbuat daripada perak dan berukuran 1.4 meter (empat kaki sembilan inci), dilorek dengan awan larat yang bermotifkan lada hitam dan gambir serta bulan bintang dan Jata¬†Kerajaan.

.

COKMAR DATO PENGHULU ISTIADAT

Cokmar Dato’ Penghulu Istiadat

Cokmar Dato’ Penghulu Istiadat adalah lebih pendek dan pada kepalanya terterap pendua mahkota.Kedua-dua cokmar ini ditanggung di atas bahu kanan pembawanya dalam setiap istiadat diraja, dan mengepalai segala peralatan istiadat.