Cogan Alam
Cogan Alam ditempatkan bahagian depan disebelah kiri. Cogan yang berbentuk anak bulan dan bintang pecahan lima, diperbuat daripada emas, berukuran 30.48 sentimeter (1 kaki) dan ditatang oleh tongkat setinggi 1.8 meter (6 kaki). Simbol bulan bintang memberi tafsiran bahawa Sultan Abu Bakar dan kerajaan Johor menjunjung dan mendaulatkan agama Islam dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Nama baginda yang diukir di atas cogan bertujuan memberi makna supaya rakyat akan sentiasa mengenang dan menghormati baginda sebagai pengasas negeri Johor moden.