Cogan Agama.

Cogan Agama

Cogan Agama

Cogan Agama diperbuat daripada emas, berbentuk bujur daun sirih dan mempunyai identiti sejarah tempatan. Bentuk ini simbol daun lada hitam yang menjadi teras ekonomi Johor ketika itu. Cogan ini berukuran 0.6 meter (dua kaki) di bahagian yang paling lebar dan terletak di atas sebatang tongkat perak berukuran 1.8 meter (6 kaki). Di tengah muka Cogan Agama terdapat ejaan nama “Allah” dan “Muhammad” di bawahnya dalam tulisan Jawi. Di bahagian bawah tulisan “Muhammad”, juga dalam tulisan Jawi ditulis perkataan “Kepada Allah Berserah”. Ukiran gambir dan lada hitam menghiasi di sekeliling cogan itu. Simbol mahkota dan bulan bintang yang diukir menunjukkan lambang kedaulatan raja.