Keris Istiadat.

KERIS DARJAH MAHKOTA

Keris  Darjah Mahkota

Sarung keris panjang ini daripada emas bungkal yang teragam hias dengan ukiran-ukiran timbul awan belanda dan sebuah mahkota enamel yang bertatahkan intan berlian dan batu-batu delima.

Ulunya daripada emas yang teragam hias dengan mahkota-mahkota enamel, batu-batu permata delima, nilam, dan intan berlian dan berkepalakan sebuah mahkota.

Bahagian mata keris yang lurus tertulis ukir dengan kalimat ” Tawakal Allaallah” – dan ” Sultan Abu Bakar Ibni Al-marhum Ibrahim, Johor Sanah 1278″ pada salah satu daripada permukaannya dan pada permukaan yang disebaliknya pula tertulis- ukir dengan ayat ” Kepada Allah Berserah”.

KERIS DARJAH KERABAT

Keris Darjah Kerabat

Sarung keris panjang ini teragam hias dengan ukiran-ukiran timbul awan belanda yang merangkumi pelbagai jenis kepala binatang-binatang yang terdapat di Negeri Johor dan Bintang serta Bulan Sabit daripada enamel yang bertatahkan intan berlian dan batu-batu delima.

Ulunya daripada emas yang teragam hias dengan Bintang dan Bulan sabit daripada enamel, batu-batu permata delima, nilam dan intan berlian yang berkepalakan Bintang dan Bulan Sabit.

Bahagian mata keris yang lurus tertulis ukir dengan kalimat ” tawakal Allahallah” dan ” Sultan Abu Bakar Ibni Al-marhum Ibrahim, Johor Sanah 1278″ pada salah satu daripada permukaannya dan pada permukaan yang disebaliknya pula tertulis ukier dengan ayat ” Muafakat itu Berkat”.