Payung Besar & Payung Kecil Di Raja.

PAYUNG ISTIADAT

Payung Besar & Payung Kecil Di Raja

Almarhum Sultan Abu Bakar menjadikan dua Payung Besar dan dua Payung Kechil sebagai lambang tradisi memberi perlindungan kepada raja. Tidak seperti negeri lain, payung istiadat Johor berwarna putih, iaitu warna raja yang memerintah. Payung Besar berukuran 2.1 meter (83 inci) dan Payung Kecil 1.8 meter (71 inci). Kedua-duanya diperbuat daripada kain sutera putih yang bertekatkan lambang Mahkota Kerajaan. Batang payung diperbuat daripada perak. Di puncak payung terterap pendua Mahkota Kerajaan.