Sinopsis Pameran:
Pameran ini akan mengandungi 9 segmen utama yang merangkumi sejarah ringkas Kesultanan Johor Moden. Segmen khas mengenai diri DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Permaisuri Raja Zarith Sofia, segmen Sultan Berjiwa Rakyat, Segmen Darjah dan Pingat Kebesaran Johor, Alat-alat kebesaran Johor, Segmen Istiadat Kemahkotaan, segmen sultan-sultan Johor yang terdahulu serta segmen Keluarga Diraja yang akan dipaparkan dalam bentuk naratif, melalui info kioks, video dan sebagainya.
Tarikan utaman pameran:
Pameran artifak-artifak kebesaran kesultanan johor antaranya replika Mahkota Kerajaan, Mahkota Permaisuri, Baju Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan dan DYMM Permaisuri, Darjah dan Pingat Kebesaran, set polo DYMM Sultan, potret lukisan Permaisuri Raja Zarith Sofia, Kereta Cadillac Series 62 yang diperbuat pada tahun 1947 dan telah digunakan semasa perarakan istiadat kemahkotaan Almarhum Sultan Ismail pada 10 Februari 1960. Selain daripada dokumen-dokumen arkib asal yang bersejarah daripada zaman Temenggong Daeng Ibrahim, Sultan Abu Bakar dalam bentuk perjanjian, ‘Letter Book of Maharajah Abu Bakar 1885’, Undang-undang Tubuh Johor 1895, Undang-undang Kangchu, Surat-surat Sungai dan sebagainya akan turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.
Bil. | Daerah | Tarikh | Lokasi |
1. | Johor Bharu | 28 Mac – 26 April 2014 | Persada |
2. | Kluang | 4 – 11 April 2015 | Dewan Tuanku Ibrahim Ismail |
3. | Batu Pahat | 1 – 6 April 2015 | Dewan Jubli Intan Sultam Ibrahim |
4. | Pontian
|
7 – 14 April 2015 | Dewan Jubli Intan |
5. | Mersing
|
9 – 16 April 2015 | Dewan Jubli Intan |
6. | Kota Tinggi
|
13 – 20 April 2015 | Dewan Jubli Intan |
7. | Kulaijaya | 16 – 23 April 2015 | Dewan Bandar Putra |
8. | Muar
|
18 – 25 April 2015 | Dewan Jubli I Ntan |
9. | Segamat | 18 – 26 April 2015 | Dewan Jubli Intan |
10. | Ledang | 18 – 27 April 2015 | Dewan Jubli Intan |